assalamualaikum...
welcome to my blog, please leave your message at the chatterbox...

name: mohd khairul aswad b. abd kadir nick:caeroul age: 18++ ex-school: smk agama baling ex-form:sains tulen+teknikal+agama email:drboss_88@yahoo.com
   

<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

Namun Ku Punya Hati
Senyumku tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mataku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu
Namun ku punya hati
Juga gayaku perasaan
Hidupku yang begini
Kadar waktu diizin Tuhan
Tidak ku minta
Lahir ke dunia
Tidak kuduga
Cacat begini
Bukan kuminta
Kasih dan sayang
Bukan ku rayu bantu simpati
Maafkan wahai teman
Kumenumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua...



Caeroul Bios

name: mohd khairul aswad

nick:caeroul

age:18++

ex-skool: smk agama baling

ex-form: 5ibn. rusyd

course: sains+teknikal+agama

y.m: drboss_88

email:drboss_88@yahoo.com



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Aug 20, 2006
dah lame xupdate...

Assalamualaikum...

dah lame aku xupdate blog nie, busy sangat.Banyak assignment nak kena wat, sampai xtido malam la budak archie nie... tensen tul la. Alhamdulillah aku dah bleh besakan diri ngan kehidupan sebagai siswa nie... 2mggu lg nak mid exam, pas2 balik kampung... xsabar giler nak balik,nak rehat puas2. kla, aku xtau nak tulis ape dah...da!


Posted at 03:47 pm by aswad
Make a comment  

Jul 14, 2006
arghhh!

Alooo... arie nie aku ade course briefing, memang mencabar betul ape yang aku blaja nie(architecture)... Tapi nak wat camner, aku tak harap pun ade orang bace blog aku nie. Cuma aku nak luahkan ape yang terpendam ape yang ade dalam hati aku nie... Dahla nak kena beli macam2, mahal plak tue... Nak kena beli buku la, alat2 melukis la, projek la, aduss.....Arie selasa nie dah nak start blaja,so kena beli jugak la camner pun.Tapi aku berjanji kat diri aku utk blaja sehabis baik, rugi la mak bapak aku habiskan duit untuk aku. INSYAALLAH aku akan berusaha walau susah camner sekalipun.. kla jumpa lagi len kali, assalamualaikum.

Posted at 01:01 am by aswad
Make a comment  

Jul 11, 2006
Dunia Baru

assalamualaikum.... alhamdulillah masuk arie nie dah sepuluh hari aku bergelar mahasiswa UIAM, hanya tuhan yang tau betapa aku bersyukur sangat dapat masuk sini. Memang seronok masuk sini, mase minggu taaruf 2 aku ngan member2 aku enjoy gler. Time final world cup plak diorang pasang skrin besar kat padang.... Tapi memang culture shock duduk sini, dengan sister ntah pape ntah. Tapi aku kena teruskan gak la... aku amek APT nagn EPT pekse arab ngan BI nak tau kite blaja berapa taun kat sini. Bleh kata ramai gak la budak xsmkab masuk sini, 11 lelaki n 11 pompuan... kla, len kali aku sambung lagi k..da!

Posted at 09:24 pm by aswad
Make a comment  

Jun 10, 2006
open hostel

assalamualaikum...hari nie aku nak cite pasal aku dulu2,nie gambar kitorang masa open hostel 2005. aku dorm m dan nie semua ahli dorm m... memang happening giler masa kat hostel dulu,, xtau la camne nak cite, memang kenangan paling manis bagi aku... kekadang rindu plak kat diorang nie, ntah bile plak la bleh jumpa. rase cam nak skool balik je tapi dah besa2 semua...tiap2 pertemuan ade perpisahan tapi kitorang tetap UNITED sampai bile2...

DORM M:- izat koboi, syazwan pacak, gee, am, naza, ridz, yeh, aku, azam, fiz syuk, badang, hazim, pit chat, azmi, ex, anas, matyeh, apiet, ah long n tok ayah...

nie plak budak2 dorm l, pun happening gak... memang best la duk hostel ngan korang semua. 2 yang badan besar tu g-bob, bestfren aku...hehehe, sori bob!

DORM L:-  ammar, mat hanis, chaon, zoobear, haidzir, pak ayam, zuhdi, mad zul, pit chop, g-bob, wan katak, mus, aiman mata, fizi tiak, pian, min bakar, taufik, payit n abang...


Posted at 10:33 pm by aswad
Make a comment  

May 14, 2006
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

assalamualaikum....caeroul lagi!!! cmner ngan blog aku, ok x? ok la nie orang baru blaja. hari nie aku gembira sangat , arie tu aku sedih... aku sedih coz xdapat matrix n aku gembira coz aku dapat masuk matrikulasi UIAM kos senibina&rekabentuk alam sekitar, pilihan pertama ku plak tu(hebat juga aku). xsia-sia aku blaja kat smkab selama nie. terbayar semua yang aku usahakan selama aku menetap kat bumi tercinta smkab...thanx kat semua cikgu2 kat smkab coz sebab diorang la aku berjaya sampai tahap nie...terutamanya cikgu rushidi n cikgu saiful, cikgu lukisan kejuruteraan aku...aku memang minat lukisan kejuruteraan, 2 yang aku ambik kos senibina dan aku nak jadi arkitek. aku bagitau kat cikgu saiful aku dapat senibina kat uia, dia ucap tahniah dan kata "semoga jadi arkitek islam yang berjaya". insyaallah aku akan buktikan kat diorang dan aku harap member2 aku semua menyokong aku. kepada teman seperjuangan aku ex,badang n payin yang dapat uia satu kos ngan aku, aku ucapkan moga kita jumpa lagi kat uia n study same2 cam dulu...rindu sangat kat member2 smkab, lame xjumpa... akhir kata kepada member2 aku yang dapat matrix uiam, CUDUIAM....

 


Posted at 12:19 am by aswad
Make a comment  

May 1, 2006
TUHAN ITU ADA! BUKTINYA...

Assalamualaikum...caeroul kembali lagi untuk menulis, merapu, mengarut n pelbagai lagi. Aku sedih sebenarnye coz aku xdapat tawaran pegi matrix walaupun aku xharap sangat dan xnak masuk matrix tapi sedih la coz macam orang xpandai jer(memang xpandai pun). Tapi orang kate sebalik sesuatu kejadian tu ade hikmahnye dan hikmah dalam kejadian nie ALHAMDULILLAH aku dapat tawaran temuduga 4 kursus perguruan lepasan spm... dahla, ape yang aku mengarut nie, sebenarnye aku ade citer nak bagitau... Alkisah bermula la cerite nie. Pada suatu hari, seorang lelaki bernama Badar pergi ke sebuah salun untuk memotong rambut dan mentrimkan janggutnye. sementara tukang gunting melakukan kerjanya, Badar dengan ramah-tamahnya mulai bersembang. Tukang gunting nie pun stel ramah-tamah juga, layan la si Badar yang ramah nie... nak dijadikan cerita, kerana terlalu la overnye ramah they all sampai bersembang hal-hal berkaitan KETUHANAN. "sebenarnya saya tidak percaya bahawa tuhan itu ade seperti yang awak kata tadi," kate si tukang gunting. Mendengar ungkapan yang tanpa lapik itu, badar terkezut dan lantas bertanya,"kenape awak cakap camtu?". "mudah je, cuba awak tengok diluar jendela tu...awak ade nampak tak tuhan? tak ade kan? juga tolong jelaskan pada saya kalau tuhan tu ada kenapa ramai orang yang sakit? kenapa ramai terlantar menderita? kalau tuhan ada, tentu tak ada sakit dan penderitaan. Tuhan apa yang mengizinkan semua itu terjadi..." balas tukang gunting dengan panjang lebar dan angkuh sekali... Badar pun berfikir tentang apa yang dikatakan oleh si tukang gunting tadi, namun dai tak memberi sebarang respon agar isu tersebut tak meleret lagi. Kalau korang kat tempat badar camner? mesti gelabah bewak nyer, bukan korang jer aku pun same... kla aku sambung balik. laepas tukang gunting tu habis wat keje die, Badar bayar upah dan terus blah. Baru je beberapa langkah keluar, dia nampak seorang lelaki berambut panjang dan janggutnya yang lebat tidak bertrim. keadaan lelaki itu menggambarkan yang die dah lame tak gunting rambut n trim janggut die. memang serabut giler la... Badar pun segera kembali ke salun dan berkata pada tukang gunting,"tukang gunting, tukang cukur itu tak ade!". hal itu membuat tukang gunting terkezut dan kehairanan." bagaimana mungkin mereka takde, buktinye adalah saye. saye adalah tukang gunting dan tukang cukur," kata tukang gunting beria-ia. "Tidak, mereka tidak ada! kalau mereka ade,tak mungkin ade orang yang berambut panjang dan berjanggut lebat seperti lelaki kat luar tu," balas Badar sambil menunjuk kearah lelaki di luar salun tadi. "Ah, merepek la awak nie, tukang gunting ade kat mane-mane. ape yang jadi kat lelaki tu kerana die tak nak datang ke salun untuk gunting rambut dan trim janggut die," jawab tukang gunting dengan tenang. "Tepat!" tegas Badar. "itula contohnya tuhan ade. yang terjadi kat umat manusia nie adalah kerana mereka tak mau datang mencari dan menemui-Nya. itula sebabnya banyak penderitaan kat dunia nie..." Itulah jawapan Badar yang memang bernas. So, sebagai umat Islam jangan la kite sesekali hilang kepercayaan pada ALLAH. Kalau situasi nie berlaku kat korang, jawabla yang termampu. kalau xboleh, diamkan diri... kla, last skali aku nak ucap happy labour day kepada diri aku dan sahabat2 aku yang bekerja....


Posted at 08:35 pm by aswad
Comment (1)  

Apr 27, 2006
Kisah Paderi Dengan Gembala Kambing...

Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya.Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai.Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.
Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan| penduduk-penduduk di negara itu.
Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah,jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam.Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat. Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat. Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu. Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian. Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin.
Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul.Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul.Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.
Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya.Betul lagi... Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan.
Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul... Maka tamatlah sesi perdebatan.Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita...
"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tuanku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilaha illallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari.Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah)"
"Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima. Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari,maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam"
"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing |menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba |mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi."
"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu Jawapannya telur... betullah...Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya"
Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita...
"Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu.Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh.Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia."
 
"Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba.Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba.Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak!Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun mampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi..."Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut. Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela.

Posted at 01:41 am by aswad
Make a comment  

Apr 22, 2006
Gadis...

Gadis, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik. Tercipta dari tulang rusuk adam yang bengkok menghiasi taman-taman yang indah. Lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga mawar, harum aromamu bisa menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun...tidak semua bunga senang didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirimu. dari jauh sudah terhidu akan keharuman baunya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang...tapi AWAS! Duri yang melingkari dirimu bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekati dirimu... Wahai gadis-gadis diluar sana, ketahuilah bahawa sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan denagn sesuatu yang terdedah. Umpama sebutir permata yang diletakkan didalam sebuah bekas yang tertutup, sudah pasti keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah...

 

 


Posted at 01:08 am by aswad
Make a comment  

ZIKIR MAMPU CERAH WAJAH...

Zikir utama adalah yang diucap dengan hati dan lisan secara serentak. Di antara kedua-duanya, zikir dengan hati adalah lebih utama daripada berzikir dengan lisan semata-mata.

Imam al-Ghazali berkata zikir itu terbahagi kepada empat kategori.

Pertama - Zikir dengan lisan saja.

Kedua - Zikir dengan hati serta lisan secara paksa.

Ketiga - Zikir dengan hati yang dibantu dengan lisan tanpa paksaan.

Menguasai zikir dalam hati dan menumpukannya. Seterusnya Imam al-Ghazali memberikan pandangannya dengan berkata : Yang sedikit faedahnya dan lemah kesannya iaitu apabila lisan berzikir sedangkan hati di dalam keadaan lalai. Firman Allah Petikan dari Surah al-Ahzab, ayat 35 yang bermaksud :


"Dan orang lelaki yang banyak menyebut (mengingati) Allah dan orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar".

Rasulullah S.A.W yang bersabda maksudnya : "Sesiapa yang mengucapkan 'Subahanallah hil'azimi Wabihamdih' maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar dalam Syurga" - Petikan dari Hadis riwayat Muslim.

Hikmat lain adalah berturutan seperti :-


Pertama - Akan mendapat keredaan Allah dan memperoleh ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman dalam jiwa.

Kedua - Menimbulkan kejernihan,


Ketiga - kemanisan pada hati dan wajah.

Keempat - Mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezekinya.

Kelima - Dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah. Segera mendapat pembelaan daripada Allah apabila seseorang itu berada dalam kesusahan dan kedukaan.
Ini terbukti dalam menjana kehidupan seharian sepanjang hayat yang kita lalui sama ada kita sedar atau sebaliknya.

Keenam - Mendapat penghormatan dan doa daripada sekalian Malaikat. Memperoleh pohon tamar dalam Syurga kelak, semakin banyak berzikir maka semakin banyak pohon tamar itu untuknya.

Ketujuh - Mendapat nur (cahaya) daripada Allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh(kubur) dan juga pada titian sirat nanti.

Kelapan - Dapat membina rumah dan juga istana dalam Syurga. Apabila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di Syurga.

Kesembilan - Dapat menjadi pendinding dan juga perisai daripada Neraka jahanam. Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.

Kesepuluh - Dapat menghalau dan mematahkan gangguan Syaitan terhadap dirinya. Dapat menghilangkan perasaan runsing yang bersarang dalam hatinya.

Kesebelas - Dapat membersihkan hatinya daripada segala jenis kotoran dan juga penyakit. Dapat menjauhkan dirinya daripada segala jenis ketakutan dan kebimbangan.

Kedua belas - Dapat menghapuskan dosa kecil serta maksiat kecil . Dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu daripada sifat munafik.

Ketiga belas - Apabila seseorang itu menyertai majlis bacaan yassin, tahlil, zikir dan selawat , dia sebenarnya menyertai majlis yang di hadiri oleh Malaikat.

Dengan berzikir juga seseorang itu akan sentiasa diingati oleh Allah sepertimana dalam firmanNya bermaksud : Ingatlah kamu kepadaKu ketika kamu senang dan susah , maka Aku akan mengingatimu.


Posted at 12:50 am by aswad
Make a comment  

Apr 21, 2006
sawadikap

 

assalamualaikum...

ape kabar? aku baru nak buat blog nie, jadi aku harap kalau ade salah dan silap minta maap la yerk. selamat datang aku ucapkan kepada hamba ALLAH yang sudi melawat blog aku yang tak seberapa nie. aku sekarang dah bekerja dekat satu kilang roti bernama PAPPAROTI. sementara tunggu result mane2 ipt, masuk juga duit poket. tujuan aku buat blog nie saje nak habiskan mase terluang dari buat benda yang takde faedah, kan??? aku sebenarnye rindu kat skool and member2 aku, rase macam nak sekolah balik jer. 2 la, dulu suruh sekolah, main2 sekarang padan muka dapat result tak elok(xdela teruk sangat). semalam, 19 april member2 aku pegi skool amek anugerah cemerlang, aku teringin nak dapat tapi maybe bukan rezeki aku kot. takpe, cube lagi lain kali, chaiyoo....


Posted at 01:37 am by aswad
Make a comment  

Next Page